Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Infosys Blue Logo

Whistleblower Channel - Speak Up, We Hear You.

Laporkan Kebimbangan Dalam Talian

Sistem ini memudahkan pelaporan sesuatu insiden tentang isu tempat kerja seperti kebimbangan berhubung kewangan dan pengauditan, gangguan, kecurian, salah guna bahan, dan keadaan tidak selamat.

Hubungi Talian Etika Kami

Jika anda memilih untuk bercakap dengan seseorang secara rahsia, hubungi kami dan salah seorang wakil kami akan bersedia membantu anda.

Kemukakan Pertanyaan

Jika anda ada sesuatu soalan tentang etika atau pematuhan atau pertanyaan berkenaan dasar syarikat, anda boleh bertanya secara tanpa nama dan sulit.

Speaking Up (Bersuara)

Apabila anda menyuarakan kebimbangan, anda memastikan seluruh syarikat bertambah baik.

Kami memperkasa pasukan kami supaya bersuara apabila sesuatu tidak betul.

Susulan

Anda boleh menyemak status laporan atau pertanyaan anda menggunakan nombor akses dan kata laluan yang telah anda buat sewaktu anda mengemukakan pertanyaan atau kebimbangan anda.

Tatakelakuan

Infosys telah membangunkan Tatakelakuan dan Tataetika Perniagaan ("Tatakelakuan") yang menetapkan prinsip panduan asas untuk semua pekerja.

Whistleblower Policy

Any person wishing to express a good faith concern or suspected violation of applicable law or Company’s Code of Conduct and Ethics, are encouraged to do so using any of the channels mentioned in the WB policy including this portal. Management is cognizant of the fact that a value based compliance cannot be achieved without the support of each of its stakeholders. Any person reporting genuine issues help the management to detect issues at an earlier stage and implement remedial measures to effectively dealing with the identified issues. Needless to state, Infosys follows a strict non-retaliation policy which ensures protection from any reprisal, threats, retribution or retaliation for (a) good faith reporting of a violation or a suspected violation of law, code or other Company policies and (b) assisting in any investigation or process with respect to such a violation. Any violation of the non-retaliation policy are viewed strictly resulting in disciplinary action against anyone responsible including termination of employment.

Perkara yang Boleh Dijangka dalam Proses Pelaporan

    Jika anda menyaksikan atau mengalami isu dalam bidang berikut, sila berhubung. 

    • Pemerolehan awam
    • Perkhidmatan kewangan, produk dan pasaran
    • Keselamatan produk dan pematuhan
    • Keselamatan pengangkutan
    • Perlindungan alam sekitar
    • Perlindungan pancaran dan keselamatan nuklear
    • Keselamatan makanan dan makanan haiwan, kesihatan dan kebajikan haiwan
    • Kesihatan awam
    • Perlindungan Pengguna
    • Perlindungan privasi dan data peribadi
    • Kebimbangan anda dipandang serius.
    • Maruah anda dipelihara dan anda dilayani dengan hormat.

    • Anda tidak perlu memperkenalkan diri anda.

    • Komunikasi anda dirahsiakan.

    • Laporan insiden anda akan diterima oleh Convercent dan dihantar kepada individu yang disifatkan sebagai sesuai dalam organisasi anda.

    • Organisasi anda mengendalikan kesemua laporan insiden berlandaskan prosedur siasatan dalaman organisasi.

    • Kebimbangan anda ditangani dan anda dipastikan termaklum sepanjang siasatan.

    • Anda dihubungi apabila siasatan selesai dan dimaklumkan tentang sama ada terdapat bukti yang kukuh atau tidak.

    • Anda tidak akan mengalami tindakan balas kerana membuat laporan atas dasar niat yang baik.

    Convercent ialah sebuah organisasi yang dikhususkan untuk membina penyelesaian etika dan pematuhan yang terunggul dalam kelas. Organisasi ini membolehkan para pekerja berkongsi kebimbangan atau insiden, sementara mengekalkan ketanpanamaan secara mudah, dan sehubungan dengan itu, memupuk persekitaran yang membolehkan setiap suara didengari.

    Laporan insiden anda TIDAK dihantar secara automatik kepada penguat kuasa undang-undang. Hanya jika organisasi anda merasakan penguat kuasa undang-undang perlu menerima satu salinan, atau jika disyaratkan oleh undang-undang, barulah laporan insiden anda akan diserahkan kepada pihak polis.

    Dalam semua keadaan, segala usaha akan dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang berkaitan dengan insiden yang dilaporkan dikekalkan sulit dan disampaikan atas dasar perlu tahu sahaja. Di bawah ini ialah tahap ketanpanamaan yang berbeza yang boleh anda pilih:

    • Kekal tanpa nama sepenuhnya: Anda tidak akan mendedahkan nama atau maklumat hubungan anda. Identiti anda dilindungi sepenuhnya pada laporan insiden berkaitan.

    • Kekal tanpa nama kepada organisasi anda: Anda selesa untuk mendedahkan nama dan maklumat hubungan kepada Convercent, tetapi bukan kepada organisasi anda. Convercent boleh menghubungi anda secara sulit untuk mengumpulkan maklumat tentang laporan yang berkaitan namun tidak akan mendedahkan identiti anda pada bila-bila masa sekali pun kepada organisasi anda.

    • Berkongsi nama dan maklumat saya: Anda tidak hirau tentang ketanpanamaan. Anda memilih untuk mendedahkan nama dan identiti anda kepada organisasi anda dan juga Convercent.

    All Rights Reserved